
pemberian hadiah terutama dari orang yang tersayang boleh mencerminkan keperibadian dirinya.
kita juga boleh tahu karakter dan sikap si buah hati. mari kita rujuk rahsia di bawah..

coklat (kelakar)
kamu yang menerima hadiah coklat dari si dia memang cukup bertuah. Hari-hari kamu akan di hiasi dengan gelak tawa dan lawak dirinya. lelaki yang suka menghadiahkan coklat do hari-hari istimewa ini sentiasa mahukan kegembiraan dalam diri insan yang tersayang. mereka akan sedaya upaya melakukan yang terbaik demi membahagiakan kamu.

Bunga (penyayang)
si dia gemar memberikan kamu bunga tak kisah samaada sekuntum atau sejambak. lelaki yang gemar mengadiahkan bunga adalah seorang yang penyayang dan berjiwa lembut. dia sangat menginginkan kehadiran kamu dalam hidupnya. setiap saat kamu yang diidngati dan didambakan.

pen (matang)
lelaki ini matang, bertanggungjawap dan punya pendirian yang tersendiri. dia tahu matlamat hidupnya. dia sedaya upaya menjadikan dirinya sukses dan berjaya dalam apa jua yang diusahakan. tegar, kukuh, mantap dan kuat memburu kejayaan.

cincin (setia)
dia mahu kamu menjadi miliknya selamanya. lelaki ini adalah seorang lelaki yang setia dan berani menanggung risiko. dia akan sedaya upya mendapatkan kamu dengan apa cara sekalipun. tiada istilah gagal dalam hidupnya dan semestinya kamulah matlamat utama si dia.

teddy bear (manja)
si dia yang mengadiahkan patung beruang atau anak patung comel sememangnya orang yang sensitif dan manja. si dia akan selalu bermanja dengan kamu , malah dia sering merajuk dan minta pujuk.

aiskrim
si dia memang ringan mulut orangnya. susah nak mencari lelaki yang banyak cakap dan ramah dengan semua orang. kamu memang bertuah kerana mendapat kekasih sepertinya yang peramah, mesra, ceria dan periang orangnya.

candle light dinner (romantis)
si dia memang lelaki yang romantis dan bermulut manis. tiada lain yang diungkapkan dari bibirnya selain ucapan cinta dan puji-pujian.

minyak wangi (cerewet)
si dia yang suka menghadiahkan kamu wangi-wangian seperti minyak wangi dilihat sebagai seorang yang cerewet. penampilannya pula sentiasa kemas, segak dan harum sentiasa. tak hairanlah jika si dia mahu kamu menjadi sepertinya.