Monday, September 15, 2008

tahukah anda rahsia disebalik coklat?







tahukah anda apakah rahsia yang ada di sebalik coklat. kita tahu bahawa colat adalah sejenis makanan yang manis dan berlemak, tetapi coklat juga mempunyai pelbagai khasiat yang tidak boleh di nafikan lagi. anda mahu tahu apakah khasiatnya?




tidak kira tua ataupun muda, masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri mengapa coklat menjadi kegemaran. tapi ada pula sesetengah orang agak takut untuk menikmati coklat, ini kerana mereka takut akan menjejaskan diet, gemuk atau jerawat.



pada masa kini ada perbagai jenis coklat yang ada di pasaran. ada yang berbentuk kecil, besar, dan ada pula yang berbentuk hati atau heart. ada yang berkacang, dan berbagai jenis rasa seperti rasa trawberry, vanilla dan sebagainya. selain itu coklat juga boleh menjadi bahan campuran untuk kek atau pelbagai jenis kuih. biasanya coklat ini amat popular di hari valentine, ada juga yang menjadikan coklat sebagai tanda ikatan atau simbol cinta, kasih sayang serta persahabatan.


secara umumnya.."dark coklat" mempunyai bahan yang amat berguna pada kesihatan tubuh. misalnya 1/2 avonoids dan polyphenol yang merupakan bahan antioksida yang boleh menurunkan kadar kolestrol, mengurangkan tekanan darah, melindungi tubuh dari pelbagai penyakit, serta memnersihkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel tubuh, yang akhirnya boleh mengakibatkan kanser. selain itu juga coklat turut mengadungi theobromine dan caffeine yang boleh memberikan tenaga kepada tubuh.





No comments: