Sunday, January 11, 2009
rokok yang pertama
hidup menjadi anak tunggal bukanlah mudah seperti yang di sangkakan, hidupku semasa kecil penuh dengan kesunyian dan hanya ibu dan ayahku menjadi teman seharian. aku adalah seorang yang pemalu dan tak mudah untuk bergaul dengan sesiapa terutama sekali di kalangan saudara mara. padaku aku lebih rapat dengan teman persekolahan dari saudara dan sepupuku sendiri. hubungan aku dan ayahku tak rapat sangat. aku dan ayahku jarang sekali berbual dan kadang2 dalam sehari cuma sepatah kata yang bisa di katakan..namun demikian hubungan
aku dgn ibu ku amat rapat, sebagai kanak2 memang biasa lah menjadi nakal cuma kadang2 membuatkan kedua org tuaku marah. dahulu ibu sering membawa ku ke tempat kerja semasa musim cuti sekolah. ibu pada masa itu bekerja sebagai tukang masak di salah sebuah sekolah menengah. setiap kali bekerja ibu sering memberi ku kertas untuk ku tulis dan menconteng. dan kadang2 aku akan pergi keluar dapur dan berjalan2 sekitar sekolah...aku masih teringat waktu dahulu aku sedang duduk di bangku sekolah dan dua pelajar perempuan sana menghampiriku. mereka cuba untuk berbual namun aku cuma mendiamkan diri. kadang2 aku akan bersembunyi kerana terlalu malu sangat. dahulu juga teman2 ibuku juga sering menjaga ku jika ketika itu ibu sedang sibuk. teman ibu semua baik2 terhadapku dan ini menyebabkan aku rapat sedikit dengan mereka. ada satu teman ibu suka sangat merokok. masa tu aku sedang asyik melihat teman ibu, apa tidaknya aneh melihat asap yang keluar dari mulut dan hidungnya..aku keliru dan terasa ingin mencubanya. so pada masa mereka sedang sibuk bekerja aku mengambil peluang itu untuk mengambil sebatang rokok yang ada di dlm beg teman ibu. aku menyimpannya di dalam baju dan membawanya pulang. setibanya pulang aku terus pergi ke dalam tandas untuk mencubanya.. namun nasibku tak begitu baik , pada masa itu aku baru menghirup asap rokok yg pertama ...dan pada masa itu juga ibuku masuk kedalam tandas dengan pantas. aku terkejut melihat ibu ketika itu. ibu nampak rokok yang ku pegang namun dia tak berkata apa2 lalu beredar pergi. aku menjadi panic takut ibu akan memberitahu hal itu pada ayah. jika ayah tahu sudah tentu aku akan di marahi dan di pukul. lalu ku buang rokok tadi ke dalam tandas. mungkin ibu tak memberitahu hal itu pada ayah ataupun ayah tak mahu ambil tahu kerana hal itu tidak pernah di bangkit kan oleh kedua org tuaku.
No comments:
Post a Comment